Thursday, 10 January 2013

Kitab Riyadh as-Solihin

Dan daripada Abu Dzar RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya kamu akan membuka sebuah negeri yang disebut ‘al-Qirot’, di dalam satu riwayat lain, kamu akan membuka Mesir yang dipanggil dengan nama ‘al-Qirot’. Maka terimalah pesananku tentang penduduknya dengan melakukan kebaikan kerana mereka mempunyai hak dan kehormatan serta hubungan rahim.” Di dalam riwayat lain: “Apabila kamu membukanya maka berbuat baiklah kepada penduduknya kerana mereka mempunyai hak serta hubungan silaturahim, atau sabda Nabi mempunyai hak dan hubungan persemendaan.”    Huraian Hadith:  Sesiapa yang pergi ke suatu tempat hendaklah dia mewujudkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk-penduduk di tempat tersebut. Islam memandang mulia dan tinggi terhadap orang yang memperbaiki hubungan silaturahim sesama manusia Perpaduan dan hubungan silaturahim boleh menguatkan kedudukan sesebuah negeri daripada pencerobohan musuh. 

Sumber: Kitab Riyadh as-Solihin

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim.

Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Sumber : Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim. 

Wednesday, 9 January 2013

Hadis Riwayat Abu Dawud

Hukum menghina nabi ialah 

'"Ali bin Abi Thalib menuturkan bahawa ada seorang wanita Yahudi yang sering mencela dan menjelek-jelekkan Nabi SAW. Oleh kerana perbuatannya itu perempuan tersebut telah dicekik sampai mati oleh seorang lelaki. Ternyata Rasulullah SAW menghalalkan darahnya". 


Sumber : Hadis Riwayat Abu Dawud

Hadith Riwayat Bukhari & Muslim

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni neraka pada hari Qiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada dikepalanya. (dari sebab panasnya bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dasyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya".

Sumber : Hadith Riwayat Bukhari & Muslim
back to top